Pendapat

Jangan tinggalkan al-Quran

Nabi akan mengadu di hadapan Allah tentang wujud dikalangan kaum ini meninggalkan al-Quran

1. DALAM al-Quran, Allah mengingatkan kita bahawa nabi akan mengadu di hadapan Allah tentang wujudnya dikalangan kaum ini yang meninggalkan al-Quran. Firman Allah:

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُوراً

“Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.

2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah memperincikan apa yang dimaksudkan dengan meninggalkan al-Quran iaitu:

(a) Mereka yang tidak suka mendengar al-Quran. Kata beliau:

هجر سماعه والإيمان به والإصغاء إليه

“Mereka yang meninggalkan dari mendengar al-Quran, beriman kepadanya dan tidak menumpukan pendengaran kepadanya.

(b) Mereka yang tidak beramal dengan al-Quran. Kata beliau:

هجر العمل به والوقوف عند حلاله وحرامه, وإن قرأه وآمن به

“Mereka meninggalkan dari beramal dengannya, tidak berpegang dengannya dalam urusan halal haram sekalipun mereka ini membaca al-Quran dan beriman dengannya.

(c) Mereka tidak berhukum dengan al-Quran. Kata Ibn Qayyim:

هجر تحكيمه والتحاكم إليه في أصول الدين وفروعه

“Mereka meninggalkan dari berhukum dengannya dalam perkara yang asas mahupun perkara yang cabang.”

(d) Mereka tidak bertadabbur dengan al-Quran. Kata beliau:

هجر تدبّره وتفهّمه ومعرفة ما أراد المتكلم به منه

“Mereka meninggalkan daripada bertadabbur, tidak cuba memahami apa yang dikehendaki dari apa yang disebut dalam al-Quran.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button