Dunia

Rakus menjarah, Israel lulus bina 12,159 rumah haram di Tebing Barat

Ia kesan langsung normalisasi hubungan UAE, Bahrain bulan lalu

RAMALLAH, 1 Rabiulawal 1442H, Ahad – Israel meluluskan pembinaan 12,159 unit rumah haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajah tahun ini, kata Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). 

Khamis lalu, kerajaan rejim Zionis meluluskan rancangan untuk membina 3,212 unit baharu untuk penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, kata PLO dalam kenyataan semalam. 

“Langkah (Israel) itu terjadi setelah perjanjian menormalisasi hubungan antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain di bawah Amerika Syarikat (AS).

“Ini adalah penentangan terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan tidak menghiraukan masyarakat antarabangsa,” katanya. 

Bulan lalu, UAE dan Bahrain bersetuju untuk menjalin hubungan diplomatik budaya dan komersial dengan Israel, setelah menandatangani perjanjian yang diketuai AS pada 15 September di Washington. 

Kedua-dua negara itu mendakwa kononnya perjanjian berkenaan akan menghentikan rancangan penaklukan wilayah oleh Israel, yang kini telah mengambil hampir 30 peratus dari Tebing Barat yang dijajah.

Bagaimanapun, pegawai Israel dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berulang kali menegaskan bahawa rancangan merampas wilayah tidak dihentikan, sebaliknya hanya ditangguh sementara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button