Dunia

Selepas COVID-19, India dilanda jerebu teruk

Aktiviti industri kembali operasi punca kualiti udara merosot

NEW DELHI, 1 Rabiulawal 1442H, Ahad – Bukan hanya mempunyai kes jangkitan COVID-19 yang tinggi, India juga kini berdepan pula masalah jerebu beracun selepas kualiti udara di ibu negara merosot ke paras terendah. 

Indeks Kualiti Udara (AQI) di New Delhi kini mencecah 350 di pelbagai tempat, yang direkodkan sangat teruk dan teruk sejak Khamis lalu. 

Sejak hampir lapan bulan, negara itu tidak mengalami sebarang pencemaran udara  atau masalah jerebu berikutan penggantungan sementara aktiviti perindustrian akibat wabak pandemik COVID-19.

Namun, penurunan suhu dan pengoperasian semula sektor perindustrian serta pembakaran oleh petani, pencemaran udara di negara itu kembali ke tahap berbahaya. 

Keadaan itu dijangka berterusan ekoran jabatan meteorologi berkata, kelajuan angin maksimum di New Delhi kekal antara 6.2 hingga 7.4 batu sejam bermula Jumaat dan Sabtu. 

Kelajuan angin di bawah 7.4 meter perjam (mph) adalah tidak baik untuk penyebaran bahan pencemar.

Dengan jumlah kes COVID-19 di India yang kini lebih daripada 7.4 juta, terdapat kebimbangan lain terhadap kualiti udara yang semakin merosot dan berpotensi menyebabkan krisis kesihatan awam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button