Berita Utama

14 tentera maut akibat tanah runtuh di Vietnam

Hujan lebat tenggelamkan 40,000 rumah, korban puluhan jiwa

HANOI, 2 Rabiulawal 1442H, Isnin – Sekurang-kurangnya 14 anggota tentera dan lapan orang hilang dalam kejadian tanah runtuh di Vietnam. 

Tanah runtuh dilaporkan berlaku di berek unit Wilayah Ketenteraan ke-4 Vietnam di tengah Quang Tri, kata pemerintah dalam satu kenyataan di laman webnya.  

Kejadian berlaku beberapa hari selepas tanah runtuh sebelum ini yang membunuh 13 orang, kebanyakannya tentera, di wilayah berdekatan Thua Thien Hue.

“Kami tidak pernah kehilangan begitu banyak anggota tentera – termasuk dua jeneral dan pegawai tinggi, alam bencana alam,” kata Menteri Pertahanan l, Phan Van Giang.

Hujan lebat sejak awal Oktober menyebabkan banjir terburuk selama bertahun-tahun, dengan lebih 80 orang terbunuh di Vietnam. Hujan lebat dijangka berlanjutan untuk beberapa hari lagi.

Media semalam melaporkan sungai di wilayah Quang Tri naik ke tahap tertinggi – lebih dari 20 tahun, menenggelamkan lebih daripada 40,000 rumah di wilayah itu dan membunuh puluhan yang lain.

Di wilayah Thua Thien Hue, penyelamat mencari sekurang-kurangnya 15 pekerja binaan yang hilang setelah tanah runtuh pada awal minggu di kawasan pergunungan.

Hujan berjumlah 600 milimeter (24 inci) dijangka berterusan di bahagian tengah Vietnam hingga hari Rabu, kata agensi cuaca negara itu semalam.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button