Berita Utama

49 lagi pekerja Proton Shah Alam positif COVID-19

Syarikat ikut langkah pembasmian yang disyor untuk kurangkan penularan

KUALA LUMPUR, 2 Rabiulawal 1442H, Isnin – Proton Holdings Bhd mengesahkan 49 lagi pekerjanya telah disahkan positif COVID-19 selepas seorang pekerjanya disahkan dijangkiti pandemik itu pada 14 Oktober. 

Dalam kenyataan hari ini, ia memaklumkan 49 pekerja yang terlibat bertugas di bahagian kejuruteraan di Shah Alam, Selangor.

“Buat masa ini, syarikat telah mengarahkan semua pekerja tidak perlu hadir secara fizikal di fasiliti berkenaan untuk bekerja dari rumah sebagai langkah pencegahan.

“Pihak syarikat akan terus mengikut langkah-langkah pembasmian yang disyorkan sambil mengambil tindakan lebih ketat untuk mengurangkan penularan pandemik ini,” katanya.

Menurut Proton, aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan dan pasukan khas COVID-19 akan memantau situasi berkenaan.

Katanya, syarikat akan terus mematuhi semua garis panduan dan prosedur yang disyorkan.

Malah, pembasmian kuman pada setiap jam turut dijalankan di Pusat Servis Kecemerlangan Proton dan bilik pamerannya di Shah Alam dan semua pekerja yang berhadapan dengan pelanggan perlu mematuhi langkah keselamatan.

“Proton bekerjasama dengan pihak berkuasa dan berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil buat masa ini.

“Keselamatan semua pekerja Proton, pelanggan dan rakyat Malaysia akan sentiasa kekal sebagai keutamaan,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button