Berita Utama

COVID-19: Lebih 800 kes baharu pada tiga hari berturut-turut

Jumlah kumulatif 21,363 jangkitan, kebolehjangkitan 7,456 kes

PUTRAJAYA, 2 Rabiulawal 1442H, Isnin – Jumlah kes baharu harian COVID-19 di Malaysia mencatatkan angka lebih daripada 800 untuk tiga hari berturut-turut, apabila 865 kes dilaporkan hari ini dan menjadikan angka keseluruhan sebanyak 21,363 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan virus tersebut sebanyak 7,456 kes.

Beliau berkata, tiga kematian dilaporkan hari ini dengan kesemuanya di Sabah, menjadikan kes kumulatif kematian di Malaysia akibat pandemik itu setakat ini 190 kes.

Selain itu, beliau memaklumkan Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 455 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya sebanyak 13,717 atau 64.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah Sabah (226 kes), Selangor (107 kes), Kedah (97 kes), Johor (13 kes), Terengganu (lima kes), Negeri Sembilan (tiga kes), Sarawak (dua kes), Pahang (satu kes) dan Labuan (satu kes),” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button