Berita UtamaDunia

EU bantu lanjutkan perjanjian Bijirin Laut Hitam

Pertimbang hubungkan Bank Russia dengan pembayaran SWIFT

BRUSSELS, 25 Zulhijjah 1444H, Jumaat – Kesatuan Eropah (EU) sedang membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Turkiye melanjutkan tempoh Perjanjian Bijirin laut Hitam yang akan tamat Isnin depan.

Selain itu, EU berharap Russia memberi ruang untuk menyelesaikan semua permasalahan dengan terbuka, kata jurucakap, lapor Reuters.

EU sedang mempertimbangkan untuk menghubungkan Bank Russia (Rosselkhozbank) kepada rangkaian pembayaran menggunakan sistem antarabangsa, SWIFT bagi membolehkan transaksi bijirin dan baja digunakan, seperti yang dituntut Russia sebelum ini.

Kata jurucakap berkenaan, keutamaan EU kini adalah untuk memastikan bijirin Ukraine boleh dihantar ke pasaran dunia dan berharap semua pihak memberi ruang untuk perjanjian Bijirin Laut Hitam diteruskan.

“Kami membantu rundingan yang diketuai PBB dan Turkiye seperti yang diperlukan selain mencari penyelesaian bagi memastikan objektif melanjutkan perjanjian Bijirin Laut Hitam dapat diteruskan,” katanya.

Selasa lalu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterre berharap perjanjian berkenaan diteruskan lagi untuk tempoh beberapa bulan.

Selain memberikan masa kepada EU untuk menyelesaikan isu sistem pembayaran SWIFT.

Sebelum ini Moscow merayu supaya sistem SWIFT digunakan semula selepas dihentikan oleh EU pada Jun tahun susulan pencerobohan antara Russia dan Ukraine, Februari tahun lalu.

Minggu lalu, jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova, berkata pihaknya tidak akan berpuas hati dengan cadangan alternatif itu kerana mengambil masa yang panjang

Terdahulu, Russia mengancam untuk membatalkan perjanjian bijirin Laut Hitam kerana beberapa permintaan untuk menghantar bijirin dan bajanya sendiri ke luar negara belum dipenuhi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button