Berita Utama

Judi dalam talian: 48 warga China ditangkap, sudah beroperasi 6 bulan

Sewa tiga kondominium RM11,000 hingga RM12,000 seunit, sebulan

KUALA LUMPUR, 2 Rabiulawal 1442H, Isnin – 48 warga China ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan perjudian secara dalam talian di tiga unit kondominium di Jalan Ampang Hilir, pada 16 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Rajab Ahad Ismail berkata, kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada 43 lelaki dan lima wanita berusia 21 hingga 47 tahun.

Beliau berkata, sindiket itu beroperasi sejak enam bulan lepas dan menyewa kesemua kondominium mewah dengan kadar RM11,000 hingga RM12,000 seunit, sebulan.

“Modus operandi yang digunakan sindiket berkenaan adalah mempromosi judi secara dalam talian bagi pasaran China dengan menghantar ratusan pesanan Wechat, WhatsApp, QQChat kepada pelanggan di negara berkenaan.

“Sindiket itu turut menyasarkan kondominium mewah dan juga rumah banglo untuk dijadikan sebagai tempat

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di ketiga-tiga premis itu, pihaknya merampas 245 telefon bimbit, 26 komputer riba pelbagai jenama, 15 unit CPU dan empat modem router.

Rajab Ahad berkata, jumlah nilai rampasan sindiket berkenaan dianggarkan bernilai RM250,000 dan kesemua tangkapan serta rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya.

“Kesemua mereka direman tiga hari sehingga hari ini dan akan disambung reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus komited dalam usaha membanteras sebarang aktiviti perjudian haram yang wujud di kawasan Wangsa Maju terutamanya melibatkan sindiket judi dalam talian menggunakan ‘calling centre’ itu. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button