Berita UtamaDunia

Sudah boleh solat di Masjidil Haram

Jemaah dari negara tertentu dibenar tunai umrah mulai 1 November

MAKKAH, 2 Rabiulawal 1442H, Isnin – Buat pertama kali selepas tujuh bulan, Arab Saudi membenarkan warganegara dan penduduk di negara itu menunaikan solat di Masjidil Haram.

Semalam juga menandakan bermulanya fasa kedua kembalinya warga dan penduduk secara beransur-ansur untuk menunaikan umrah – ziarah Islam ke kota-kota suci Makkah dan Madinah yang dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun – meningkatkan kapasiti menjadi 75 peratus.

Awal bulan ini, Arab Saudi kembali mengizinkan warganegara dan penduduk menunaikan umrah di Makkah dan Madinah, selepas dilarang sejak Mac lalu kerana COVID-19.

Pada fasa pertama – 4 Oktober – Arab Saudi telah mengizinkan 6,000 warganegara dan penduduk menunaikan umrah setiap hari.

Jumlah itu mewakili 30 peratus dari kapasiti maksimum 20,000 jemaah yang disemak semula dibenarkan masuk ke Masjidil Haram setiap hari berdasarkan langkah-langkah kesihatan pencegahan baharu.

Mulai 1 November, kerajaan akan mengizinkan jemaah dari negara-negara tertentu dianggap selamat untuk menunaikan umrah dengan kapasiti 100 peratus.

Masjidil Haram sentiasa disanitasi sebelum dan selepas setiap kali kumpulan jemaah mengerjakan ibadat dan pengimbas suhu juga dipasang untuk mengimbas suhu jemaah.

Ibadat umrah biasanya akan dilakukan jutaan umat Islam setiap tahun dan pihak berkuasa akan membenarkan apabila pandemik reda.

Arab Saudi mencatatkan lebih daripada 342,000 kes jangkitan COVID-19 dan 5,185 kematian sejak wabak itu bermula. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button