Berita Utama

Zionis rampas 36 kawasan di Tebing Barat

Sasar 2,718 ekar ladang subur bina penempatan haram, kem tentera

BAITULMAQDIS, 2 Rabiulawal 1442H, Isnin – Sikap tamak rejim pengganas Israel tiada kesudahan apabila bukan sahaja merampas 36 kawasan di Kawasan C, di Tebing Barat yang diduduki, malah turut merancang untuk menjadikannya sebagai penempatan haram dan kem tentera.

Ketua Pengarah Sumber Asli di Lembaga Kualiti Alam Sekeliling di bawah pentadbiran pihak berkuasa Palestin (PA), Issa Musa berkata, sebanyak 50 sumber semula jadi di Tebing Barat termasuk 36 daripadanya di Kawasan C, berada di bawah kendalian Israel.

Issa berkata, rejim pengganas Israel menyasarkan seluas 11,000 dunam (2,718 ekar) ladang subur yang terletak di Jericho ke Tubas di Tebing Barat untuk dijadikan penempatan haram Yahudi dan kem tentera.

Beliau berkata, pihaknya telah mendokumentasikan semua pencerobohan dilakukan rejim Zionis di kawasan-kawasan terbabit.

Pihaknya juga telah melaporkan isu kepelbagaian biologi kepada Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil tindakan sewajarnya. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button