Berita Utama

Jangan sampai rakyat benci ahli politik

Tak guna berebut jawatan siang malam tapi rakyat terhimpit COVID-19

KANGAR, 3 Rabiulawal 1442H, Selasa – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati ahli politik untuk kembali mengutamakan kemaslahatan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 daripada sibuk berebut kuasa.

“Tiada guna bagi ahli politik berebut untuk memegang jawatan siang dan malam sedangkan rakyat sedang terhimpit dengan kesan penularan pandemik ini (COVID-19).

“Nasihat saya kepada ahli politik, jangan sampai rakyat bencikan semua mereka kerana keadaan telah berubah dan rakyat hari ini berfikiran lebih matang serta tidak lagi taksub kepada satu-satu parti politik atau pemimpin sahaja,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Beliau berkata, asas dalam berpolitik adalah untuk menyelesaikan kemaslahatan rakyat, lebih-lebih lagi ketika rakyat terkesan dengan wabak COVID-19, kebangkitan isu berbentuk perebutan kuasa hanya menambah beban dan keresahan rakyat. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button