Berita UtamaDunia

Penerbangan pertama UAE tiba di negara haram Israel

Tetap adakan hubungan dengan Zionis walaupun ditentang Palestin

TEL AVIV, 3 Rabiulawal 1442H, Selasa – Penerbangan komersial pertama Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke negara haram Israel telah tiba di lapangan terbang Ben-Gurion awal pagi semalam.

Etihad Airways dalam satu kenyataan berkata, penerbangan EY9607 telah mendarat di luar Tel Aviv selepas jam 7 pagi, sebelum Boeing 787 Dreamliner yang membawa delegasi Israel menuju ke Abu Dhabi.

Israel dan UAE pada 13 Ogos lalu bersetuju untuk mengadakan hubungan normalisasi.

Bahrain turut mengikut jejak langkah UAE apabila kedua-dua negara menandatangani perjanjian normalisasi bersama Israel di Amerika Syarikat pada 15 September lepas, di tengah-tengah kemarahan umat Islam khususnya warga Palestin.

Penerbangan pertama yang membawa delegasi Israel ke UAE telah mendarat di Abu Dhabi pada 31 Ogos lalu.

Hanya beberapa jam sebelum pesawat El Al mendarat, dua letupan berasingan menggegarkan ibu negara UAE, Abu Dhabi dan pusat pelancongannya, Dubai mengakibatkan beberapa orang  maut  dan cedera.

Sementara itu, Israel dan Bahrain pada Ahad secara rasminya menegaskan bahawa kedua-duanya telah menjalinkan hubungan diplomatik.

Pegawai Israel dan Bahrain menandatangani lapan perjanjian dua hala untuk saling bekerjasama dalam pelbagai bidang termasuk penerbangan awam, komunikasi, pertanian dan teknologi dalam satu majlis di Manama.

Mereka turut menandatangani perjanjian ‘Komuniti Bersama mengenai pembentukan hubungan diplomatik, damai dan persahabatan’ – di mana kedua-dua pihak berjanji untuk tidak melakukan sebarang permusuhan antara satu sama lain dan bertindak menentang musuh pihak ketiga. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button