Berita UtamaDunia

Pengganas Daesh mahu serang saluran paip minyak Arab Saudi

Hubungan erat dengan Washington bakal berakhir jika Joe Biden menang?

RIYADH, 3 Rabiulawal 1442H, Selasa – Kumpulan pengganas Daesh mendesak pengikutnya menyasarkan saluran paip minyak dan kilang Arab Saudi – kononnya sebagai tindak balas mengecam normalisasi hubungan antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain dengan Israel.  

Kumpulan pengganas itu mengatakan perjanjian ‘Abraham Accords’ yang ditandatangani bulan lalu di Washington adalah pengkhianatan terhadap Islam dan menuduh Riyadh terbabit dalam proses normalisasi itu.

“Sasarannya banyak… Mulakan dengan menembak dan menghancurkan saluran paip minyak, kilang, dan kemudahan yang menjadi sumber pendapatan pemerintah zalim,” kata jurucakap Daesh, Abu Hamza Al-Quraishi dalam rakaman yang disiarkan di Telegram.

Arab Saudi berada di bawah tekanan untuk mengikuti negara jiran Teluknya dan menormalkan hubungan dengan Zionis.  

Namun, Riyadh terus menegaskan bahawa Israel perlu mengakhiri pendudukannya di Palestin dan membenarkan penubuhan negara Palestin sebelum bersetuju dengan langkah tersebut.

Pada tahun 2002, Riyadh menawarkan negara haram Israel sepenuhnya normalisasi – dikenali sebagai ‘Arab Peace Initiative,’ dengan syarat mengakhiri pendudukannya di Palestin.  

Meskipun menegaskan secara terbuka untuk mendapatkan kemananan negara Palestin, Arab Saudi didakwa kini berada di ambang ‘pusingan-U’.

Pengkritik berkata, hubungan erat dengan Washington yang dinikmati oleh autokrat negara Teluk selama empat tahun ini akan berakhir, sekiranya calon Presiden Demokrat Amerika Syarikat, Joe Biden memenangi pilihan raya bulan depan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button