Berita Utama

Sekolah di zon merah ditutup jika ada jangkitan dalam komuniti

Penutupan sekolah adalah berdasarkan nasihat KKM

PUTRAJAYA, 3 Rabiulawal 1442H, Selasa – Sekolah di zon merah hanya akan ditutup sekiranya terdapat jangkitan kes COVID-19 di dalam komuniti.

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, penutupan sekolah di zon merah adalah bagi melindungi pelajar dan kakitangan.

Beliau mengambil contoh sekolah di daerah Timur Laut Pulau Pinang, yang diisytiharkan sebagai zon merah dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Mohd Radzi berkata, kementerian menutup sekolah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Menurut KKM, jangkitan di daerah ini terjadi di dalam penjara dan kadar jangkitan terkawal di sana,” katanya selepas menghadiri perjumpaan dengan pegawai pendidikan negeri dan daerah dari Sabah, Selangor, Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Semua kawasan itu berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lapor The Star.

Beliau turut memaklumkan bahawa selain sekolah di zon merah, sekolah dengan kes positif COVID-19 dan di kawasan di bawah PKPB juga akan ditutup.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button