Berita Utama

Siapa pengkhianat punca lambakan warga China?

Adakah mereka dominasi jenayah scam, judi, pelacuran, penggubahan wang haram

BANGI, 3 Rabiulawal 1442H, Selasa – Status jumlah pelancong China yang tidak pulang ke negara asal – mungkin ratusan ribu – menjadi persoalan sehingga kini, kata Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

“Adakah mereka adalah penjenayah yang mendominasi pusat sindiket scam, pusat pelacuran, judi, penggubahan wang haram, ‘cryptocurrency’, gangsterism dan pelbagai bentuk jenayah yang lain.

“Saya telah utarakan isu ini banyak kali.

“… Jumlah pelancong dan pekerja warga China yang tidak kembali pulang ke negara mereka bukan sahaja mencecah puluhan ribu, bahkan ada kajian yang mendapati jumlahnya adalah ratusan ribu,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Serentak itu, beliau mempersoalkan pihak mana yang terbabit menyebabkan kebanjiran warga asing dalam negara ini.

“Siapakah pengkhianat yang menyebabkan kebanjiran penjenayah asing ini, mahupun yang melindungi mereka?,” soalnya.

Sebelum ini, negara pernah dikejutkan dengan penangkapan 680 warga China yang aktif menjalankan aktiviti sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar di Cyberjaya.

Kemudian, 87 lagi ditahan di beberapa unit kondominium di sekitar Setiawalk, Puchong juga menjalankan skim pelaburan dan perjudian dalam talian.

Terbaharu, 48 warga China ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan perjudian secara dalam talian di tiga unit kondominium di Jalan Ampang Hilir, pada 16 Oktober lalu.

Dalam laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga 2018.

Menurut laporan itu sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button