Berita Utama

Subang Jaya kini diisytihar Majlis Bandaraya

TPr. Hajah Noraini Roslan dilantik selaku Datuk Bandar Subang Jaya

BANGI, 3 Rabiulawal 1442H, Selasa – Majlis Perbandaran Subang Jaya diisytihar sebagai Majlis Bandaraya Subang Jaya berkuat kuasa hari ini, 20 Oktober 2020.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara berkenan telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

“Seyogia dengan perkenan oleh DYMM Sultan Selangor jua, menurut kuasa-kuasa yang diperuntukkan melalui Subseksyen 10 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1961, sukacita saya memaklumkan bahawa TPr. Hajah Noraini Roslan adalah dilantik selaku Datuk Bandar Subang Jaya berkuat kuasa tarikh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, kerajaan negeri merafak sembah takzim dan menjunjung kasih Sultan Selangor di atas perkenan yang telah diberikan.

Beliau berkata, pihaknya berharap pembangunan mapan Subang Jaya dan lokaliti sekitarnya akan terus dimantapkan melalui sistem penyampaian perkhidmatan berkelas dunia.

“Dengan izin Allah SWT, cita-cita ini akan dapat digembleng bersama ke arah merealisasi agenda Selangor Maju Bersama,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button