Berita UtamaDunia

Trump gelar pakar COVID-19 bodoh

Presiden AS tak teragak-agak pecat Fauci sebelum pilihan raya 3 November

WASHINGTON, 3 Rabiulawal 1442H, Selasa – Presiden negara pembuli, Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengecam saintis, Anthony Fauci dalam kempennya semalam, dengan menyifatkannya sebagai bodoh.

Fauci yang juga doktor yang sangat dihormati dan popular adalah ketua untuk pasukan COVID-19 Rumah Putih – menjadi sasaran kekecewaan Trump ketika beliau berusaha memperbetulkan mengenai tindakan kerajaan yang banyak dikritik berhubung pandemik itu.  

“Semua orang sudah letih dengan virus ini. Malah mereka juga malas hendak memikirkannya, biarkan mereka. 

“Orang ramai sudah letih dengan situasi ini dan mendengar apa yang dikatakan Fauci dan semua itu bodoh,” kata Trump kepada pasukan kempennya.

Setakat ini, COVID-19 telah meragut hampir 220,000 nyawa di AS. 

“Dia berada di sini umpama 500 tahun. Jika kita dengar apa yang diperkatakan oleh Fauci, mungkin  700,000 (atau) 800,000 kematian akan dapat dicecah,” kata Trump  terhadap Fauci, 79, yang terkenal di seluruh dunia kerana mengendalikan Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan di pinggir bandar Washington.

Malah, Trump juga tidak teragak-agak untuk memecat Fauci sebelum pilihan raya 3 November ini.

Ucapan Trump itu dilakukan seminggu selepas Fauci menyatakan rasa tidak senangnya berikutan penggunaan klipnya dalam video kempen Trump mengenai COVID-19.

“Hampir lima dekad bekerja dalam perkhidmatan awam, saya tidak pernah secara terbuka menyokong mana-mana calon politik,” kata Fauci sambil menambah bahawa kenyataannya di dalam video itu diambil di luar konteks. 

Fauci sebelum ini telah banyak menjelaskan atau memperbetulkan komen umum Trump mengenai perkembangan rawatan dan vaksin COVID-19, ketika maklum balas mengenai pandemik itu. 

Selain itu, nada suara di antara Trump dan Fauci ada ketikanya berubah menjadi tegang seperti pada bulan April ketika Trump menciap semula hantaran yang berisi tanda pagar #PecatFauci – sebelum meyakinkan rakyat AS bahawa ‘Tony’ melakukan pekerjaaan yang hebat. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button