Berita UtamaDunia

China mahu ‘hapus’ Uyghur di Xinjiang

Paksa wanita Uyghur gugur kandungan, kurangkan kadar kelahiran etnik minoriti

LONDON, 4 Rabiulawal 1442H, Rabu – Pihak berkuasa di Xinjiang menyerang unit asas keluarga untuk membawa perubahan demografi di wilayah berkenaan.

“Pihak berkuasa komunis menyerang asas-asas kehidupan keluarga Uyghur dengan pengguguran paksa dan pensterilan,” kata Editor Bersekutu UnHerd, Peter Franklin.

‘Naga’ yang tidak selamat telah meneruskan penyalahgunaan polisi untuk mengawal majoriti Cina Han di kediaman Uyghur yang menyebabkan penurunan kadar kelahiran etnik minoriti itu dengan cepat akhirnya mengubah demografi wilayah berkenaan.

Taktik sama juga digunakan oleh pihak berkuasa China di Tibet.

“Dasar keluarga yang diamalkan di Xinjiang bukanlah untuk mewujudkan masyarakat baru, tetapi untuk menghancurkan yang lama,” kata Franklin yang juga penasihat dasar dan penulis ucapan mengenai masalah persekitaran serta sosial.

Pakar ekonomi juga mendedahkan pengembangan besar di asrama sekolah berasrama penuh.

Walaupun kadar pertumbuhannya rendah dan menurun di seluruh China, pertumbuhannya meningkat di Xinjiang.

Ini kerana penahanan orang dewasa Uyghur secara besar-besaran sekali gus menjadikan anak-anak mereka yatim.

Komunis percaya bahawa keluarga tradisional adalah sisa-sisa arahan lama, halangan kepada kekuasaan negara, dan tempat perlindungan bagi tanggapan privasi borjuasi.

Mereka berusaha memecahkannya dengan menggambarkan keluarga nuklear sebagai penindas, bagaimanapun permainan berubah apabila dalam masyarakat itu ibu bapa adalah pengasuh utama kepada anak-anak mereka.

Kerajaan China telah diingatkan seluruh dunia atas penindasannya terhadap etnik Uyghur seperti penahanan besar-besaran, pengawasan massa, pembatasan agama dan budaya serta pelanggaran hak asasi manusia yang lain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button