Berita UtamaDunia

COVID-19: UAE catat 1,538 kes dalam 24 jam

Jumlah kes diperolehi selepas lakukan 105,740 ujian saringan

DUBAI, 3 Rabiulawal 1442H, Rabu – Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencatatkan 1,538 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, lapor agensi berita WAM.

Angka itu diperolehi selepas melakukan 105,740 ujian saringan.

Kementerian Kesihatan berkata, jumlah keseluruhan kes dicatatkan kini adalah sebanyak 119,132.

Negara itu turut mengesahkan dua kematian dalam tempoh sama menjadikan angka korban sebanyak 472.

Pada masa sama, 1,501 orang dilaporkan pulih daripada pandemik itu semalam, menjadikan angka pulih keseluruhan sebanyak 111,814.

UAE dengan populasi sekitar 9.9 juta orang telah menyaksikan jumlah kes baharu meningkat setiap hari dalam dua bulan terakhir iaitu dari 164  kes pada 3 Ogos ke paras tertinggi baru iaitu 1,538 kes. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button