Berita Utama

Golongan liberal ekstrem, tuntutan bercanggah Perlembagaan

Umat Islam perlu main peranan sebar bahaya tindakan ekstremis

BANGI, 4 Rabiulawal 1442H, Rabu – Tidak dinafikan bahawa golongan liberal sebenarnya ekstremis cuma kelebihan mereka adalah pandai bermain di media, dakwa Timbalan Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Beliau berkata, sejarah golongan berkenaan adalah ekstrem bahkan realiti pada hari ini pun mereka bergerak secara ekstrem.

Katanya, golongan liberal jangan sesekali lupa bahawa mereka pernah menuntut pelbagai tuntutan yang sebenarnya bercanggah dengan Perlembagaan.

“Sebagai contoh jika kita mahu simpulkan tuntutan mereka adalah COMANGO. Tuntutan COMANGO sebenarnya merupakan himpunan segala tuntutan liberal sama ada tuntutan lama atau yang baru, sekarang pun sebenarnya diulang balik apa yang ada di dalam COMANGO.

“Dan kebanyakan yang dituntut dalam COMANGO adalah satu yang bertentangan dengan Perlembagaan.

“Jadi apa-apa tuntutan mereka bertentangan Perlembagaan, kenapa kita tak anggap itu sebagai ekstrem sedangkan ia ekstrem,” katanya menerusi webinar Tauhid Sejahtera: Ancaman Liberalisme, Apakah Peranan Kita? hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak berkenaan melakukan satu tindakan ekstrem lagi apabila mereka ke luar negara berjumpa dengan duta serta pemimpin negara luar dan mereka mempromosikan cerita palsu berkenaan negara ini.

Jelasnya, tindakan itu supaya negara luar menyokong dan menekan kerajaan untuk menerima tuntutan COMANGO ini.

“Adakah itu bukan tindakan ekstrem? Itu adalah tindakan cukup ekstrem.

“Mereka menipu dan penipuan itu adalah satu fitnah yang kita kena uar-uarkan. Kita sebagai orang Islam juga perlu fahamkan masyarakat bahawa itulah esktrem,” katanya.

Pada perkembangan sama, Ustaz Muhammad Fauzi turut memberi contoh mengenai tuntutan ekstrem golongan liberal berhubung pilihan raya negara ini.

“Mereka nak pilihan raya yang bersih, demokrasi yang tulen, caranya buat demokrasi Bersih.

“Beberapa kali demokrasi Bersih dan berapa banyak yang tak berapa bersih. Adakah itu bukan ekstrem? Itulah ekstrem,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button