Berita UtamaPendapat

Kepimpinan tak lihat rupa paras, harta, status atau warna kulit

Setiap orang dicipta dengan peluang sama untuk kejar reda Ilahi

INDAH dan uniknya agama Islam sebagai agama terbaik buat seluruh alam ialah prinsip agama ini yang meletakkan semua manusia adalah sama.

Sesiapa sahaja mampu menjadi yang terbaik dan paling dekat dengan Allah SWT tidak kira rupa paras, harta kekayaan, status dalam masyarakat, bangsa dan warna kulit mahupun tahap pemikiran dan kemahiran individu yang dimiliki

Pahala bersedekah bagi orang yang berharta boleh ditandingi oleh pahala zikir bagi yang tak punya apa-apa

Arab dan yang berbahasa Al-Quran tidak lebih mulia dari Melayu atau yang cacat pertuturan

Pemidato yang berceramah di pentas belum tentu lebih banyak pahala dari pemandu yang membawa pendengar menaiki bas

Setiap orang diciptakan dengan peluang dan ruang yang sama untuk mengejar reda Ilahi

Begitulah juga dengan kepimpinan

Sesiapa sahaja boleh mengaplikasikannya walaupun tanpa jawatan dan kedudukan

Kepimpinan tidak melihat kepada rupa paras, harta kekayaan, status dalam masyarakat, bangsa dan warna kulit mahupun tahap pemikiran dan kemahiran individu yang dimiliki

CEO syarikat ternama dunia belum tentu lebih hebat kepimpinannya dari ketua nelayan di ceruk negara

Profesional yang berkot dan bertali leher boleh jadi kurang berpengaruh dari gengster yang mahir

Yang menulis buku dan melatih orang beribu tidak semestinya lebih disenangi ramai dari seorang wanita yang duduk dirumah bernama ibu

Sungguh, Islam dan kepimpinan punyai banyak persamaan

Hanya jika kita memikirkan!

Ir. Ts. Lukman Al Hakim Muhammad
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button