Dunia

Pencemaran udara antara faktor kematian awal: Laporan

Masalah kualiti udara punca kematian 500,00 bayi di seluruh dunia pada 2019

ANKARA, 4 Rabiulawal 1442H, Rabu – Pencemaran udara antara faktor risiko persekitaran utama yang membawa kepada kematian awal, selepas tekanan darah tinggi, penggunaan tembakau dan risiko diet, menurut laporan State of Global Air 2020. 

Menerusi kajian yang diterbitkan hari ini, jumlah kematian akibat pencemaran udara meningkat kepada 6.67 juta setakat tahun 2019. 

Menurut laporan itu, masalah kekurangan kualiti udara juga menyebabkan hampir 500,000 kematian di seluruh dunia berlaku dalam kalangan bayi sepanjang tahun lalu. 

“(Oleh kerana sekatan akibat pandemik COVID-19), data satelit pemantauan kualiti udara dan darat menunjukkan penurunan mendadak dalam kepekatan pencemar seperti nitrogen dioksida (NO2) dan dalam beberapa kes, pengurangan sederhana untuk bahan pencemar seperti PM2.5,” kata laporan itu. 

Bagaimanapun, laporan itu menyebut bahawa perubahan positif terhadap kualiti udara hanya bersifat sementara, memandangkan kebanyakan negara sudah menarik balik sekatan atau perintah berkurung. 

“Tiga negara yang yang mempunyai populasi tinggi adalah antara yang terdedah dengan kualiti udara itu teruk iaitu India, Nepal dan Niger.

“Sementara, Australia, Brunei dan Kanada adalah negara yang kurang masalah pencemaran udara bagi tahun 2019,” katanya. 

Minggu lalu, India berdepan masalah jerebu teruk selepas kualiti udara di New Delhi merosot ke paras terendah mencecah 350. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button