Berita UtamaIstimewa

Ronnie Liu sengaja muat naik status hina raja?

Tiada permohonan maaf daripada pemimpin DAP sampai sekarang

BANGI, 5 Rabiulawal 1442H, Khamis – Tindakan pemimpin DAP, Ronnie Liu memuat naik satu kenyataan mengenai keadaan di Thailand yang mengadakan demontrasi terhadap rajanya – seolah-olah menghasut rakyat Malaysia untuk turut berbuat demikian – kemudian dipadam pula, bagaikan sengaja dilakukan.

Pemerhati politik, Mohd Luttfi Abd Khalid berkata, sehingga kini belum kelihatan sebarang permohonan maaf dibuat oleh pemimpin parti rasis dan cauvinis itu.

“Apakah beliau sengaja menaikkan status di atas dan memadamkannya setelah beberapa ketika beredar di dunia maya? Saya beranggapan memang disengajakan.

“Sehingga waktu status ini ditulis saya tidak atau belum nampak lagi sebarang permohonan maaf dari beliau, dan ini boleh dianggap sebagai testimoni bahawa beliau tidak menyesal atau pun merasa bersalah di atas episod tersebut,” katanya dalam satu tulisan di laman Facebook, hari ini.

Namun, sindiran Mohd Luttfi, bukan sesuatu perkara yang menghairankan sekiranya pemimpin DAP itu tidak memohon maaf kepada rakyat negara ini. 

“Sejak bilakah para pemimpin DAP pernah meminta maaf kepada umum di atas keceluparan mereka terhadap rakyat Malaysia, umat Islam atau bangsa Melayu?,” soalnya.

Lebih memualkan, kata beliau, parti rasis cauvinis ini sering kali dengan angkuhnya mendakwa ia bukan parti anti-Melayu atau anti-Islam.

“Tidak hairanlah individu yang pernah menyuarakan hasrat untuk menamatkan sistem monarki di negara ini menjelang 2030 boleh mendapat tempat di sisi parti tersebut hingga dilantik menjadi Pegawai Penerangan, Joseph Lim Guan Eng ketika mantan Menteri Kewangan itu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Pada satu ketika kelihatan menyanjung institusi raja, pada ketika lain seolah-olah mempersenda dan memperlekehkan institusi tersebut,” katanya.

Mohd Luttfi menegaskan, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan atau disangkal lagi ialah sistem dan institusi raja ini sudah termaktub kukuh di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Katanya, sebarang percubaan untuk menjatuhkan atau memadam sistem ini secara langsung atau tidak langsung akan menjadi satu penentangan serta pencabulan terhadap Perlembagaan Persekutuan. 

Bahkan, pakar undang-undang atau Perlembagaan sekali pun tidak akan berani mengusulkan perkara sedemikian, kata Mohd Luttfi.

“Keberanian Ronnie Liu memuat naik gambaran demonstrasi penentangan rakyat Thailand terhadap raja mereka perlu dijawab dengan penegasan yang lebih kukuh kenapa institusi ini perlu dipertahankan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button