Dunia

Banjir di Kemboja ragut 36 nyawa

Tenggelamkan 73,720 rumah, lebih 293,000 hektar sawah padi

PHNOM PENH, 6 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Perdana Menteri Kemboja Hun Sen pada Khamis mengesahkan banjir buruk yang melanda negara ini sudah meragut 36 nyawa, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Beliau berkata di wilayah Banteay Meanchey yang paling teruk terjejas 19 kematian dilaporkan.

Semasa melawat wilayah terjejas itu, beliau mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan 10 juta riel (US$2,500) untuk setiap keluarga mangsa yang terkorban.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kemboja, sejak awal Oktober, hujan lebat dan ribut tropika menyebabkan banjir di 19 dari 25 wilayah dan bandar, menjejaskan 312,224 penduduk, menenggelamkan 73,720 rumah serta lebih 293,000 hektar sawah padi dan tanaman lain. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button