Berita Utama

BN buat rombakan kecil

Hishammuddin ganti Tengku Adnan sebagai Bendahari Agung

BANGI, 6 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) baharu menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pelantikan itu dibuat susulan rombakan kecil dalam kepimpinan telah dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuh struktur BN, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, rombakan itu masih mengekalkan Tengku Adnan dan akan terus menjalankan tugas-tugas selaku Bendahari UMNO, katanya.

“Barisan Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor atas segala jasa dan peranan beliau selaku Bendahari Agung Barisan Nasional.

“Tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein. Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button