Berita Utama

MCA cakar belakang tapi UMNO tak sedar?

Jangan sampai jawatan Menteri Agama pun MCA hendak tuntut

BANGI, 6 Rabiulawal 1442H, Jumaat – ‘Bagai kaduk naik junjung’ – itu peribahasa tepat untuk menggambarkan parti berasaskan kaum, MCA – yang makin tamak haloba, berlebih-lebihan mahukan kuasa.  

MCA yang kalah teruk pada PRU14 dengan hanya memenangi satu daripada 39 kerusi Parlimen dan 2 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri, sekali gus kekalahan paling teruk dalam sejarah 69 tahunnya, tanpa segan silu meminta kerajaan negeri Johor mempertimbangkan semula jumlah wakil partinya yang dilantik sebagai Ahli Majlis di pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu.

Alasan yang diberikan Setiausaha MCA Johor, Datuk Ng Keng Heng – kononnya untuk membantu masyarakat Cina di daerah masing-masing.

Walhal, 16 wakil dari parti itu telah dilantik untuk menjadi ahli majlis di PBT masing-masing.

Tuntutan itu bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat, kerana MCA bukanlah parti yang memperoleh kemenangan besar dalam mana-mana pilihan raya sehingga layak untuk menuntut diberikan lebih jawatan dalam PBT. 

Salah seorang pengguna Facebook, Siti Kalsom Ahmad berkata, ‘bakat’ MCA hanya lah pada meminta dan menuntut jawatan daripada orang Melayu.

“Bila undi orang tak nak sokong. Dah la tak menang, kalau ada pun Melayu juga yang bagi mandat. Nak minta jawatan tiada sifat malu pun. Inilah kelebihan dan kebolehan bakat mereka,” katanya. 

Turut berpendapat sama, Kamarudin Othman berkata, “Menang tidak ada sibuk nak menuntut. Pinggirkan saja parti ini untuk selamanya. Gunting dalam lipatan,” tegasnya.

Manakala, Zulkifli Mahmood pula berkata, apa yang dilakukan MCA ini adalah strategi ia untuk berkuasa setelah gagal meraih kuasa dengan cara undi di Pilihan Raya Negeri (PRN) mahupun PRK.

Pengguna dengan nama Shamsul Gold pula berkata, MCA hanya layak bersuara meminta jawatan jika parti itu menang di kawasan Cina.

“Bagi menang dulu la kawasan Cina baru boleh sembang. Kerja tak buat, nak jawatan.. Tahulah gila kuasa,” katanya.

Sementara Ibrahim Saari secara berseloroh mengatakan bahawa jawatan yang dimahukan MCA masih ‘sedikit’ dan malah jawatan yang tidak bersesuaian dengan fitrah parti itu pun mungkin mahu dituntut oleh mereka.

“Itu baru sikit, banyak lagi nak dituntutnya, katanya menteri agama pun dia nak,” selorohnya.

Sementara itu, Kamal Mohamad Mokhtar pula menyifatkan MCA umpama biawak hidup yang didukung oleh UMNO. 

“Mencakar belakang UMNO tapi UMNO tetap tak sedar. Kebodohan UMNO yang nyata,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button