Berita Utama
MetMalaysia keluarkan nasihat Taufan Saudel
Pergerakan taufan dijangka sebabkan angin kencang di perairan Sabah

KUALA LUMPUR, 6 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Taufan Saudel kini berada kira-kira 622 kilometer (km) ke barat laut Manila, Filipina dan sedang bergerak dengan kelajuan maksimum 130km sejam.
Selaras dengan itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis Nasihat Taufan kerana pergerakan taufan itu dijangka menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.
Berdasarkan pencerapan 11 malam tadi, MetMalaysia menyatakan jarak taufan itu kira-kira 1,164 km ke barat laut Kudat, Sabah. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.