Berita UtamaDunia

Mufti Damsyik maut letupan bom kereta

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab

DAMSYIK, 6 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Mufti Damsyik, Sheikh Mohammad Adnan al-Afiouni terkorban dalam serangan bom pada Khamis, lapor agensi berita Syria, SANA.

“Adnan meninggal dunia akibat ‘daripada satu bahan letupan diletakkan pada keretanya’ di bandar Qudsaya, barat laut Damsyik,” lapor SANA yang memetik Kementerian Wakaf.

Laporan SANA bagaimanapun tidak mengenal pasti siapa suspek kejadian itu.

Sehingga kini tidak ada kumpulan yang segera mengaku bertanggungjawab berhubung letupan itu.

Badan pemantau hak asasi manusia Syria memberitahu, beliau memainkan peranan penting dalam mencapai persepakatan dengan pejuang yang memberontak di pinggir ibu negara itu sepanjang sembilan tahun krisis perang berlanjutan.

Kejadian letupan jarang berlaku di sekitar ibu kota sejak tentera kerajaan berjaya mengusir para pejuang dan jihad dari bandar raya itu pada tahun 2018.

Selepas satu siri kemenangan tentera yang disokong oleh sekutu utama Russia, kerajaan berjaya menguasai semula kira-kira 70 peratus negara itu, kata badan pemantau itu.

Katanya, perang di Syria telah mengorbankan lebih 380,000 orang dan berjuta-juta lagi hilang tempat tinggal sejak tahun 2011 dengan penindasan protes antikerajaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button