Berita Utama

Tragedi Batang Kali: Polis panggil pengurus tapak perkhemahan

3 lagi mayat mangsa ditemukan babit 2 kanak-kanak, seorang wanita

HULU SELANGOR, 22 Jamadilawal 1444H, Sabtu – Polis memanggil pengurus tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali susulan tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 24 nyawa awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Suffian Abdullah berkata, lelaki terbabit akan dipanggil untuk dirakam percakapannya hari ini.

“Hari ini kita akan panggil pengusaha tapak perkhemahan tersebut dan perkara itu masih di dalam tindakan kita,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan tiga tapak perkhemahan dimiliki sebuah syarikat di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya di sini, yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh didapati beroperasi tanpa lesen.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, semakan mendapati syarikat itu hanya memohon lesen bagi membangunkan ladang organik di kawasan berkenaan.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua menemukan tiga lagi mayat mangsa membabitkan dua kanak-kanak dan seorang wanita, sementara sembilan lagi mangsa hilang masih dikesan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button