Dunia

Saad Hariri dilantik bentuk semula kerajaan baharu Lubnan

65 dari 118 anggota pilih bekas PM Lubnan memerintah semula negara

BEIRUT, 6 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Presiden Lubnan, Michel Aoun menugaskan bekas Perdana Menteri, Saad Hariri untuk membentuk pemerintahan baharu negara itu – setelah hampir setahun umum berundur. 

Aoun berunding dengan Parlimen sebelum menamakan Perdana Menteri yang ditugaskan untuk membentuk pemerintahan baharu.

65 daripada 118 anggota yang mengambil bahagian dalam rundingan berkenaan memilih Hariri, sementara 53 yang lain menolak. 

Setelah perundingan itu, Hariri dipanggil ke Istana Baabda untuk diberi tugas membentuk pemerintahan baharu, menurut Presiden Lubnan. 

Hariri berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali sebelum ini, bermula 2009 hingga 2011 dan dari 2016 hingga Januari tahun ini, sebelum digantikan oleh pemerintah sekarang. 

Beberapa hari setelah letupan besar berlaku di Beirut, kerajaan yang diketuai Hassan Diab mengundurkan diri pada 10 Ogos dan ditukar menjadi kerajaan sementara hingga pemilihan Perdana Menteri baharu. 

Kerajaan diketuai Diab memerintah pada Februari lalu, menggantikan kerajaan Hariri yang mengundurkan diri pada 29 Oktober, berikutan tunjuk perasaan popular yang mendesak tuntutan ekonomi dan politik. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button