Berita UtamaDunia

COVID-19: Angka kes positif di India kini lebih 7.8 orang

53,370 kes baharu termasuk 650 maut dalam 24 jam terakhir

NEW DELHI, 7 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Sebanyak 53,370 kes baharu COVID-19 dilaporkan di India dalam tempoh 24 jam yang terakhir.

Angka berkenaan sekali gus menjadikan jumlah kes keseluruhan wabak di negara itu melebih 7.8 juta.

Kementerian Kesihatan pada Sabtu melaporkan, sebanyak 117,956 kematian berlaku termasuk 650 angka korban terbaharu.

Maharashtra, Kerala dan Karnataka masing-masing adalah negeri paling teruk dilanda wabak itu selain mencatatkan jumlah pulih harian tertinggi.

Bulan lalu, India mencapai hampir 100,000 kes dalam sehari, manakala ujian saringan diadakan secara konsisten.

India masih merekodkan lebih daripada 50,000 kes sehari ketika rakyat negara itu melakukan persiapan bagi menyambut perayaan.

Pada masa sama, pegawai kesihatan turut memberi amaran mengenai risiko penularan wabak sekiranya orang ramai masih lagi berkumpul. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button