Berita Utama

Hina Rasulullah ﷺ atas dasar kebebasan bersuara perangai jijik!

Tiada siapa boleh beri jaminan umat Islam mampu bersabar

BANGI, 7 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Tiada siapa dapat memberi jaminan yang seluruh umat Islam akan mampu menahan kesabaran sekiranya junjungan besar mereka Nabi Muhammad ﷺ dihina secara bertubi-tubi.

Apa yang mengecewakan adalah Perancis, sebuah negara yang memiliki jutaan rakyat beragama Islam secara terang-terangan menyokong tindakan menghina Rasulullah ﷺ atas dasar kebebasan bersuara.

Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman menyifatkan, tindakan Perancis bersolidariti bersama guru yang dipenggal kepala kerana mempamerkan kartun wajah Nabi Muhammad ﷺ sebagai perangai yang menjijikkan.

“Oleh sebab itu, Islam mengharamkan umatnya menghina sembahan orang lain. Hikmah bagi hukum itu ialah mengelakkan tindak balas.

“Perancis sengaja mengundang tindak balas. Jahat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahad lalu, ribuan penunjuk perasaan membanjiri Paris dan bandar di seluruh Perancis sebagai solidariti terhadap guru yang dipenggal kepala kerana mempamerkan kartun berwajah Nabi Muhammad ﷺ.

Penunjuk perasaan di Place de la Republique memegang poster sambil melaungkan ‘tidak perlu pemikiran totaliterisme’ dan ‘saya seorang guru’ bagi mengenang rakan sekerja, Samuel Paty yang dibunuh.

Paty maut selepas kepalanya dipenggal di luar sekolah dekat Conflans Saint-Honorine, petang Jumaat lalu.

Guru subjek Sejarah berkenaan sebelum itu menunjukkan kartun Nabi Muhammad ﷺ sebagai bahan perbincangan mengenai kebebasan bersuara.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa menembak mati suspek yang merupakan lelaki pelarian Chechen berusia 18 tahun.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button