Berita Utama

PKPB wajar dilanjutkan hingga ke 4 minggu lagi

Pola COVID-19 di 4 negeri terbabit masih belum turun

BANGI, 7 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Susulan masih terdapat pola peningkatan dalam kes COVID-19 di negara ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di empat negeri terbabit perlu dilanjutkan untuk dua atau empat minggu akan datang.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, empat negeri berkenaan adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Selangor.

“Data kes yang ada menunjukkan wajar untuk disambungkan PKPB, sekurangnya dua ke empat minggu untuk kita melihat polanya.

“Sebagai contoh Sabah dan Selangor, kes aktif menujukkan peningkatan. Jadi saya mengesyorkan untuk disambung lagi,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Prof Malina berkata, kerajaan boleh mengambil tindakan bersesuaian dan langkah pantas bagi membendung penularan wabak lebih luas melalui pelanjutan PKPB berkenaan.

PKPB bagi negeri Sabah akan berakhir pada 26 Oktober manakala tiga negeri di Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor) akan berakhir pada 27 Oktober.

Susulan PKPB di keempat negeri ini, kerajaan memperkenalkan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi kakitangan pengurusan dan penyeliaan, sebagai langkah mengurangkan risiko penularan jangkitan pandemik COVID-19 terutama di kawasan sedang menjalani PKPB.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button