Berita Utama

‘Tamak haloba’ selar netizen kepada pekebun haram durian

'Selamatkan Musang King lebih penting dari selamatkan nyawa manusia'

BANGI, 7 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Dakwaan Save Musang King Alliance (SAMKA) bahawa, kerajaan Pahang sudah menyediakan pelan bagi menghalalkan tanah yang diteroka secara haram di Raub mendapat kecaman hebat dalam kalangan netizen.

Rata-rata mereka bagaikan tidak percaya pekebun haram berkenaan menjadikan isu tersebut sebagai keutamaan, pada ketika negara berdepan dengan peningkat pola jangkitan pandemik COVID-19.

Malaysia hari ini mencatatkan lonjakan kes baharu COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam, melepasi angka tiga digit buat pertama kali dengan sebanyak 1,228 kes baharu direkodkan.

Daripada jumlah itu,Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 889 kes atau 72.4 peratus daripada jumlah kes seluruh negara, jumlah tertinggi dicatat negeri berkenaan setakat ini

Netizen dikenali sebagai Ishaq Nasir menyifatkan dakwaan SAMKA sebagai tamak haloba.

Pengguna Victor Lee pula mempersoalkan kewajaran pekebun-pekebun itu berkumpul, tatkala dunia dan negara ini sedang berlawan dengan penularan wabak COVID-19.

“Selamatkan Musang King lebih penting dari selamatkan nyawa manusia?,” soalnya.

Cheong Cheong memberi komen: “Your own life is not important than having this kind of gathering during COVID-19?,”.

“Selamatkan penceroboh. Pray for justice,” sindir pengguna sosial Zulhisyam Idris.

Lupa Nama pula secara sinis berkata: “Selamatkan pencuri tanah, selamatkan penyamun tanah, selamatkan penceroboh tanah.

“Dah la menyamun tanah kerajaan, lepas tu jual durian mahal-mahal,” katanya berang.

PAUTAN BERKAITAN: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=424514795201330&id=128733644003426

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button