Berita Utama

5 individu dipercayai tahanan depot Imigresen larikan diri

Mereka dalam proses pengusiran pulang ke negara asal

JOHOR BAHRU, 8 Rabiulawal 1442H, Ahad – Lima individu dipercayai tahanan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian melarikan diri pada 17 Oktober lepas.

Semua tahanan itu difahamkan membabitkan kes imigresen dan dalam proses pengusiran pulang ke negara asal.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata, polis menerima laporan itu pada 17 Oktober di Balai Polis Simpang Renggam.

Usaha untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut mengenai kes berkenaan daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor bagaimanapun gagal. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button