Berita Utama

Adakah darurat solusi terbaik untuk Malaysia?

Bimbang Anwar desak PRU15 ketika kes COVID-19 sedang menggila

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 8 Rabiulawal 1442H, Ahad – Sekiranya darurat dilaksanakan – atas persetujuan dan perkenan Raja-Raja Melayu – pastinya membawa kebaikan terutama dalam menangani penularan wabak COVID-19 yang semakin ‘menggila’. 

Ini kerana, setakat semalam sahaja, negara buat pertama kali mencatatkan 1,228 kes baharu – paling tinggi melebihi 1,009 kes yang direkodkan sejak Mac 2020.

Lebih membimbangkan, apabila 889 kes dicatatkan di Sabah rentetan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang terpaksa diadakan, hanya kerana kerakusan ahli politik merebut kuasa, tanpa menghiraukan kesihatan dan kebajikan rakyat.

Bagi mengelakkan insiden sama berulang, pemerhati politik, Ir Muhammad Lukman Abdul Hakim 

Muhammad berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu mengelakkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat ketika gelombang COVID-19 semakin memuncak. 

“Pengisytiharan darurat adalah salah satu cara terbaik untuk melambatkan PRU15 walaupun pada pandangan saya ia seakan tidak dapat dielakkan lagi.

“Ini kerana kegilaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dan konco-konco yang amat kemaruk kuasa, tidak menghiraukan kebajikan rakyat walaupun apa yang telah berlaku pasca PRN Sabah baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, Lukman yakin sekiranya darurat tidak berlaku, Anwar akan memaksa PRU15 untuk dilaksanakan secepat mungkin bagi merampas kuasa.

“Angkara tamakkan kuasa juga mereka tidak akan menghiraukan risiko penyebaran COVID-19 yang bakal berlaku,” katanya lagi.

Petang ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu bagi membincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antaranya termasuk pengisytiharan darurat.

Rundingan ini dibuat selepas Muhyiddin mengadap Sultan Al-Abdullah di Istana Abdulaziz, Kuantan pada Jumaat lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button