Berita Utama

Institusi berdaftar dengan KPM di Sabah ditutup hingga 9 November

Manual pembelajaran boleh dimuat turun di portal rasmi

KUALA LUMPUR, 8 Rabiulawal 1442H, Ahad – Semua institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sabah akan terus ditutup sehingga 9 November ini.

KPM menerusi satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu susulan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam, berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah.

Katanya, pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

“Manakala manual pengajaran dan pembelajaran boleh dimuat turun di portal rasmi KPM, www.moe.gov.my,” katanya.

PKPB di Sabah yang bermula 13 Oktober sepatutnya tamat esok, bagaimanapun dilanjutkan sehingga 9 November. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button