Berita UtamaPendapat

Khabib juara qudwah, berundur di saat gemilang

Ramai terkesima dengan keperwiraan dan akhlak yang ditonjol

NAMA penuhnya, Khabib Abdulmanapovic Numagomeox,  juga dikenali sebagai The Eagle di kalangan peminat seni mempertahankan diri campuran (MMA).

Khabib dilahir dan dibesarkan pada 20 Sept 1988 di Tsumadinsky, Dagestan, Russia. Bapanya adalah jurulatih peribadinya, merangkap murrobbi yang membesarkannya sebagai muslim yang kuat berpaut dengan agama.

Khabib adalah seorang yang berpendidikan tinggi, graduan daripada Plekhanov Russian University of Economics.

Dalam sukan MMA, Khabib adalah juara yang unggul yang telah memenangi 29-0 perlawanan dan tidak pernah tewas.

Semalam, beliau mengumumkan persaraannya tatkala berada di puncak dunia.

1- Kejayaan saya adalah pemberian dari Allah SWT, alhamdulillah. (Dia kerap mengulangi kata-kata bahawa tiada yang lebih penting baginya selain berserah kepada Allah – Los Angeles Times)

2- Bagi saya, keluarga dan agama adalah segala-galanya.

Khabib juga:

3- Sentiasa ke masjid untuk solat berjemaah terutamanya subuh, serta menggalakkan anak-anak muda berbuat perkara yang sama.

4- Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik, bermaruah dan menahan diri ketika diprovokasi. Beliau juga menjaga hubungan dengan tokoh sukan dunia dan pemimpin negara.

5- Menghentikan latihan di bulan Ramadan sebagai dakwah kepada anak muda Dagestan yang tidak berpuasa disebabkan sukan atau sebab persiapan peperiksaan.

6- Membelanjakan hartanya untuk agama dan masyarakat yang memerlukan.

Khabib jauh daripada kesempurnaan tetapi jutaan manusia begitu terkesima dengan keperwiraan dan akhlak yang ditunjukkannya.

Semoga Khabib terus istiqamah sebagai qudwah generasi muda di Russia dan di dunia antarabangsa.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button