Berita Utama

Petugas MRT laluan Kajang positif COVID-19

Kontak rapat dengan pesakit terbabit diminta jalani ujian saringan

KUALA LUMPUR, 8 Rabiulawal 1442H, Ahad – Seorang kakitangan Rapid Rail Sdn di bahagian operasi MRT laluan Kajang disahkan positif COVID-19.

Petugas berkenaan – pengendali tren – dilaporkan masih bekerja sehingga 21 Oktober lalu – kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB).

Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja disinfektasi dan pembersihan, khususnya di ruang digunakan petugas berkenaan dilakukan malam tadi.

“Semua tren dan koc sudah ditetapkan perlu menjalani kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap malam selepas operasi pada hari berkenaan,” katanya.

Semua petugas lain yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit terbabit diminta menjalani ujian saringan dan melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

“Semua agensi berwajib termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) turut dimaklumkan mengenai segala langkah diambil,” katanya.

Pengguna diingatkan mematuhi SOP ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka sepanjang masa, mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman, mengambil suhu badan dan mendaftar di aplikasi MySejahtera atau buku log disediakan sebelum memasuki tren.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button