Berita UtamaDunia

India lapor kematian COVID-19 tertinggi sejak Julai

Angka kematian harian cecah 2,796

MUMBAI, 30 Rabiulakhir 1443H, Ahad – India hari ini melaporkan rekod kematian COVID-19 tertinggi sejak Julai.

Ia selepas dua negeri menyemak semula jumlah kematian masing-masing.

Timur Bihar menambah 2,426 kematian yang tidak direkodkan manakala selatan Kerala menambah 263 kematian kepada jumlah mereka pada Ahad, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Persekutuan kepada Reuters.

Menurut pengiraan agensi berita itu, angka yang disemak menjadikan kematian harian kepada 2,796 – tertinggi sejak 21 Julai.

Gelombang kedua yang dahsyat pada Mac dan April tahun ini menyaksikan ribuan kematian dan jutaan lagi rakyat terjejas di seluruh negara itu.

Negeri-negeri di India terus menambah rekod kematian COVID-19 yang tidak dilaporkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, memberi penekanan kepada pendapat beberapa pakar perubatan bahawa kematian itu jauh lebih tinggi daripada jumlah yang dilaporkan iaitu 473,326. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button