Berita Utama

ATM siap siaga walaupun negara tak diisytihar darurat

Tugas anggota kekal berjalan seperti biasa

KUALA LUMPUR, 9 Rabiulawal 1442H, Isnin – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga walaupun Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah tiada keperluan darurat diisytiharkan di negara ini.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, penugasan anggota ATM kekal berjalan seperti biasa.

“ATM dalam keadaan stand by (siap siaga),” katanya ringkas kepada Bernama.

Bernama melaporkan Al-Sultan Abdullah bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Berikutan itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan, Al-Sultan Abdullah bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini.

Terdahulu, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu berlangsung di Istana Negara.

Perbincangan khas berkenaan adalah bagi meneliti cadangan-cadangan yang dikemukakan Muhyiddin bersama beberapa menteri Kabinet ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang Jumaat lepas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button