Berita Utama

Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini hampiri angka 400,000

Indonesia catat 3,222 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam

JAKARTA, 9 Rabiulawal 1442H, Isnin – Indonesia mencatatkan 3,222 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 392,934 kes, dengan jumlah pesakit yang sembuh 317,672.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, 170,163 lagi masih dalam pemantauan jangkitan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 112 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 13,411 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 101,897 dengan tambahan 906 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,683 orang, diikuti Jakarta (2,177), Jawa Tengah (1,689) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button