Berita Utama

Dasar hipokrit! Benam dulu perjuangan Malaysian Malaysia

22 bulan perintah, setiap hari isu sensitif berkait Islam ditimbulkan

BANGI, 10 Rabiulawal 1442H, Selasa – Benamkan dahulu perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ sebelum mahu mendakwa akan mempertahankan institusi raja dan hak istimewa Melayu, Islam, 

“Dasar hipokrit. Kamu yang cipta dan perjuangkan Malaysian Malaysia bermakna Malaysia untuk rakyat Malaysia. Sama rata. Tidak ada hak istimewa berasaskan bangsa dan agama. 

“Tiba- tiba kamu suruh kami percaya kenyataan kamu. Dasar komunis,” bidas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengulas kenyataan pemimpin ultra kiasu yang mendakwa – partinya mendukung sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. 

Menyifatkan parti berkenaan hipokrit, beliau berkata, selama 22 bulan memerintah, bukan hanya lantang mengkritik, malah setiap hari pasti ada sahaja perkara sensitif berkaitan Islam dibangkitkan.

“Hari ini kamu bercakap soal nak jaga Islam. Kamu tak cakap pun semua orang tahu. Kedudukan raja, Melayu dan Bumiputera serta Islam memang dijamin Perlembagaan. 

 “Kamu saja tak sedar diri sentiasa membangkitkan isu ini sehingga anak bangsa terguris.

“Selagi namanya ultra kiasu, rakyat Malaysia seharusnya jangan terpedaya,” katanya. 

Prof Ridhuan Tee berkata, parti ultra kiasu itu menolak institusi diraja sejak dahulu lagi kerana mahukan sebuah negara republik.

“Buktinya, terbaharu ultra kiasu sangat menyokong demontrasi anti-raja di Thailand.

“Nak percaya lagi ultra kiasu licik dan lidah bercabang ini?,” katanya.

Semalam, DAP dilaporkan mengulangi pendirian akan mempertahankan institusi diraja, hak istimewa Melayu dan Islam, selain menolak sebarang usaha mengambil kuasa melalui perintah darurat.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, dasar perjuangan partinya jelas mendukung sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

“Dasar ini telah termaktub dalam satu dokumen penting DAP iaitu Deklarasi Shah Alam 2012,” kata Anthony Loke.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button