Berita Utama

Aktiviti pencerobohan haram makin menjadi-jadi

Warga asing 'naik kepala' kerana penguatkuasaan lemah

BANGI, 26 Muharram 1442H, Isnin – Kelemahan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan dilihat sebagai punca aktiviti perlombongan haram di Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis berlaku.

Terdahulu media melaporkan, lima individu termasuk dua warga China dan seorang Rohingya ditahan Unit Penguatkuasaan (UPK), Zon Pahang Barat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) kerana melakukan aktiviti perlombongan secara haram di Hutan Simpan Ulu Jelai.

Serbuan di Kompartment 233 berdekatan Sungai Cheniau, Mukim Batu Yon itu dibuat berikutan tinjauan oleh UPK melalui dron mengesan kawasan lombong terbabit.

Dalam serbuan berkenaan, turut disita dua jengkaut dan sebuah enjin pam air diesel yang digunakan untuk proses menyembur bahan galian dalam palong, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan motosikal juga dirampas.

Difahamkan, mereka yang ditahan adalah warga tempatan dan tiga warga asing berusia antara 30 hingga 58 tahun.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menyifatkan aktiviti pencerobohan haram semakin menjadi-jadi.

Katanya, di antara punca warga asing semakin pijak kepala adalah mungkin disebabkan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang ‘lemah’ .

“Di sana sini, dalam hutan dan di bandar, pelbagai peraturan yang sedia ada dengan mudah dicabul akibat sogokan rasuah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button