Berita Utama

COVID-19: 3 sekolah di Dungun diarah tutup

Ekoran terdapat murid, pelajarnya disahkan positif COVID-19

KUALA TERENGGANU, 11 Rabiulawal 1442H, Rabu – Tiga buah sekolah di daerah Dungun telah diarahkan tutup bermula hari ini, ekoran terdapat murid dan pelajarnya yang disahkan positif COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata, ia melibatkan Sekolah Kebangsaan Kerteh 1, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya dan SMK Teja Putra.

“Sekolah Kebangsaan Kerteh 1 dan SMK Ketengah Jaya masing-masing diarahkan tutup selama tujuh hari bermula hari ini, manakala SMK Teja Putra pula diarahkan ditutup selama 14 hari.

“Ketiga-tiga sekolah ini diarahkan ditutup untuk disanitasi selepas terdapat pelajar yang positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terengganu mencatatkan sebanyak 35 kes positif COVID-19 yang masih menerima rawatan, temasuk 11 kes baharu hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button