Berita Utama

COVID-19: 801 kes baharu, negeri PKPB sumbang 81 peratus

546 kes dikesan di Sabah, negeri sekitar Lembah Klang catat 103 kes

PUTRAJAYA, 11 Rabiulawal 1442H, Rabu – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejumlah 801 kes baharu COVID-19 dicatat hari ini dan 81 peratus daripadanya disumbang oleh negeri yang diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata sejumlah 546 kes dikesan di Sabah manakala negeri di sekitar Lembah Klang mencatatkan 103 kes dengan Selangor sebanyak 89 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 14 kes.

Selain itu, Negeri Sembilan mencatatkan 24 kes, Labuan (29), Sarawak (27), Pulau Pinang (19), Perak (enam), Johor (8), Kedah (28) dan Terengganu (11).

Kesemua kes melibatkan penularan tempatan kecuali dua kes import masing-masing satu di Selangor dan Kuala Lumpur melibatkan seorang warganegara serta seorang bukan warganegara yang tiba dari Iran dan Arab Saudi.

β€œIni menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 29,441 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula ialah 10,123 kes. Kesemua pesakit ini telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media perkembangan situasi COVID-19 di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button