Berita Utama

Hina Agong: ADUN Sungai Pelek dibebaskan dengan jaminan polis

Ditahan pagi tadi bagi diambil keterangan berhubung kes hina Agong

KUALA LUMPUR, 11 Rabiulawal 1442H, Rabu – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew yang ditahan pagi tadi bagi diambil keterangan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dibebaskan petang ini.

“Ya, beliau (Liu) telah dibebaskan dengan jaminan polis,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed kepada Bernama.

Terdahulu, dilaporkan Liu ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes itu menurut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Bernama melaporkan Liu merupakan antara empat individu yang disiasat berhubung penghinaan terhadap Seri Paduka Baginda menerusi media sosial.

Liu dilaporkan memuat naik status Facebook yang dibaca: “Now in Bangkok. They Are Saying No to the King”.

Turut dilaporkan polis masih mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button