Berita Utama

KKM harap peruntukan lebih tinggi dalam Belanjawan 2021

Rancang tambah latihan untuk pakar kesihatan di lapangan

PUTRAJAYA, 11 Rabiulawal 1442H, Rabu – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap peruntukan lebih tinggi dapat diberikan kepada kementerian itu melalui Belanjawan 2021 bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik disediakan kepada rakyat untuk merawat penyakit berjangkit dan tidak berjangkit di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata melalui peruntukan itu, pihaknya juga merancang penubuhan hospital penyakit berjangkit dan penambahan latihan untuk pakar kesihatan di lapangan serta perubatan di hospital.

“Kita memang memerlukan tambahan peruntukan untuk kementerian bagi meningkatkan perkhidmatan dan aktiviti kesihatan untuk rakyat,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Belanjawan 2021 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 6 November. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button