Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PKPD: Usah panik, bekalan makanan cukup

Kementerian tiada masalah untuk sedia bekalan makanan

TANAH MERAH, 11 Rabiulawal 1442H, Rabu – Bekalan makanan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah mencukupi dan rakyat yang berada dalam kawasan PKPD tidak perlu panik dengan maklumat palsu berhubung perkara itu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ll Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata kerajaan khususnya kementeriannya tidak mempunyai masalah berhubung dengan bekalan makanan untuk disediakan dan dibekalkan kepada rakyat yang terlibat dengan PKPD.

“Bekalan di Sabah atau di seluruh negara tidak mempunyai masalah…kementerian akan pastikan bekalan makanan mencukupi untuk diterima oleh rakyat.

“Jadi kami (kerajaan) mengharapkan supaya rakyat tidak membuat pembelian panik hanya kerana mendengar berita-berita palsu yang menyatakan makanan tidak mencukupi dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Lawatan Kerja ke Projek Kelompok Jagung Kampung Paloh di sini, hari ini.

Sementara itu beliau berkata kementerian amat mengalakkan golongan akademik dalam bidang pertanian untuk terlibat sama bagi membantu meningkatkan pengeluaran sektor pertanian berkualiti negara.

“Kita memandang serius atau sangat menghargai kepakaran ahli akademik dalam sektor pertanian kerana kita yakin penglibatan cerdik pandai ini turun ke padang memberikan bantuan ilmu teknikal dan sebagainya, dapat mempertingkatkan keluaran hasil pertanian negara,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button