Dunia

Turki kecam Charlie Hebdo sasar Erdogan

Terbitkan 'karikatur memualkan' dipercayai milik Presiden Turki

ANKARA, 11 Rabiulawal 1442H, Rabu – Turki pada Selasa mengecam majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo kerana menerbitkan “karikatur memualkan” yang dikatakan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan, lapor Agensi Anadolu.

“Charlie Hebdo baru-baru ini menerbitkan satu siri kartun penuh dengan gambar-gambar hina, kononnya adalah Presiden kita. Kami mengecam usaha paling menjijikkan oleh penerbitan ini yang bertujuan menyebarkan perkauman dan kebencian budaya,” ciap juru cakap presiden Fahrettin Altun di Twitter.

Sambil menekankan pendirian Turki yang menentang kekerasan dan tindakan keganasan terhadap orang awam, beliau berkata: “Kami tidak akan berdiam diri dalam menghadapi serangan menjijikkan terhadap budaya dan agama kami tanpa mengira dari mana asalnya.”

“Kami menyeru semua rakan dan masyarakat Eropah yang berfikiran waras untuk menentang budaya perkauman tidak bertamadun ini, keganasan intelektual, dan pemikiran tidak beradab,” katanya.

Mengutuk penerbitan mingguan itu, jurucakap presiden Turki Ibrahim Kalin berkata menyerang hak individu bukanlah humor atau kebebasan bersuara.

“Tujuan penerbitan ini, dengan mengenepikan moral dan kesopanan, adalah untuk menyemai benih kebencian dan permusuhan,” tulisnya di Twitter.

Sambil menegaskan, mengubah kebebasan bersuara menjadi permusuhan terhadap agama dan kepercayaan adalah hasil daripada mentaliti yang sakit, Kalin berkata setiap orang yang memiliki akal waras harus mengutuk penerbitan keji ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button